Khamis, 4 Jun 2009

Lelaki itu siapa?

Lelaki itu mundar-mandir tanpa arah tuju. Dia berhenti seketika memandang hiruk-pikuk hutan batu. Masa berjalan terlalu pantas. Dia bingung keseorangan. Tiada siapa menghiraukan dia. Dia kecewa. Langkah yang longlai harus di atur. Ke mana dia tidak pasti. Penghuni hutan batu tidak kenal erti diam. Ada yg mengaum, ada yang berdecit. Lelaki itu terus berjalan di celah-celah kerancakkan penghuni hutan batu. Dia tertanya-tanya kepada siapa dia meminta belas kasihan. Lelaki itu perlu dibantu. Lelaki itu memerlukan sesuatu. Dia malu untuk menyapa. Dia tidak petah berbicara. Lelaki itu bertambah bingung.

Hari semakin meninggi membakar lelaki itu. Dia masih melangkah sumbang. Kelmarin dia di penjara. Semalam dia merdeka tapi sayang hari ini dia merempat tiada siapa peduli. Dia menyeluk kocek hanya habuk serta benang lapuk yang dapat. Dia lapar duit tiada. Perut lelaki itu memberontak. Tangan kiri ditekan-tekan lembut ke perut. Duit dia habis di joli membeli air mabuk melanggan sundal tatkala meraikan kemerdekaan. Lelaki itu tidak serik. Lelaki itu tidak menyesal. Perut dia menyanyi dia lapar untuk makan.

Dari lorong gelap ada mata jahat memandang lelaki itu. Parang & golok ikut sama merenung. Mata jahat tersenyum gembira. Lelaki itu pasti mampus. Parang & golok dahagakan darah lelaki itu. Lelaki itu memang malang. Langkah yang dihayun tersilap memilih ke jalan kematian. Dia terjerat dia terkepung di lorong gelap. Mata jahat menyeranah. Lelaki itu lemah tiada kudrat untuk beradu. Lelaki itu dayus. Lelaki itu bacul. Kaki dan tangan mengucap salam perkenalan Lelaki itu tersungkur. Dia bangkit pantas golok singgah di kepala. Parang semakin menggila menetak membabi buta. Parang & golok tidak kenal erti kasihan Darah merah yang hanyir mengalir deras. Dia meraung kesakitan. Penghuni hutan batu hanya diam tidak peduli.

Parang & golok bersorak gembira. Mata jahat ketawa berdekah-dekah. Lelaki itu sudah sampai ke penghujung hidup. Parang & golok sambung bekerja. Lelaki itu terlentang sudah tidak bernyawa. Mata jahat meludah. Mata jahat menyumpah. Darah ditebus dengan darah. Tiada siapa peduli. Lorong gelap hari itu bermandikan darah merah pekat. Mata jahat berlalu pergi. Parang & golok hilang entah kemana.

Dari jauh kelihatan anjing-anjing jalanan menjamu selera di lorong gelap itu. Satu nyawa sudah dikorbankan. Esok lusa siapa lagi yang akan kecundang?

Tiada ulasan: