Rabu, 29 Julai 2009

Pencarian khoje berakhir utk sementara waktu...

Akhirnya... KUTU punyai perkhojean.

AKU sudah dapat khoje sementara walaupun khoje itu bukan yang sesuai dengan AKU.
AKU sudah tak kesah bukan kerana terdesak biar pown pilihan yang lain itu ada tapi AKU tetap syukur. Janganlah AKU leka dengan khoje tue sudah nanti lambat untuk AKU bertindak semula.

Pergi mampus dengan ayat2 " get a life " ayat bajingan haram jadah sialan paling AKU benci dengar dan baca.

1hb Agustus AKU mula berkhoje...

Khoje senang... 4 jam sehari cuti ada semua ada sayang gaji tak berapa lumayan. Arghhh...takpe lah janji dekat plak dengan sarang KUTU.

Alhamdulillah...

P/s: AL-FATIHAH buat warih AKU yang meninggal dunia akibat kemalangan di Grik dan tak lupa umat ISLAM yg masih hidup atau telah mati...

Jumaat, 17 Julai 2009

SATU



Apabila AKU hayati bait-bait lagu " SATU " dendangan Once bersama kumpalan DEWA 19 dari Indonesia, Biar pun lagu ini telah lama berkumandang tapi AKU rasakan terpanggil untuk mengatakan lagu itu seolah-olah membawa maksud yang sungguh mengkhayalkan dan menyongsangkan... perhatikan.

AKU ini adalah diriMU
Cinta ini adalah cintaMU
AKU ini adalah diriMU
Jiwa ini adalah jiwaMU
Rindu ini adalah rinduMU
Darah ini adalah darahMU

Tak ada yang lain selain diriMU
Yang selalu KU puja
KU sebut namaMU di setiap hembusan nafasKU
KU sebut namaMU, KU sebut namaMU

Dengan tanganMU AKU menyentuh
Dengan kakiMU AKU berjalan
Dengan mataMU AKU memandang
Dengan telingaMU AKU mendengar
Dengan lidahMU AKU bicara
Dengan hatiMU AKU merasa

Lagu ini juga menjadi satu persoalan bagi AKU kepada Ahmad Dhani dan kumpulannya. Adakah lagu ini merujuk kepada ALLAH s.w.t khususnya ISLAM? turut digambarkan dalam video clip tersebut pelbagai simbol yang merujuk kepada pegangan dan kepercayaan agama lain seperti Judaism, Christianity, Buddha dan lain-lain.

Jika lagu ini tidak merujuk kepada sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan secara khususnya, kenapa mesti ada unsur simbolik diterapkan dalam video ini? Sememang penyanyi dan penulis lirik tidak menyatakan secara tersurat dan mengingatkan kepada apa sahaja ikon-ikon dalam sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan. Sayangnya bagi mereka yang mata hatinya masih buta, hanya mampu memandang kepada yang batil sahaja. Melihat dan memahami bahawa itu hanya satu gambaran dan penjelasan tentang seseorang yang obses tentang CINTA dan mempercayai CINTA itu sama ada ia juga merujuk secara jelas kepada sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan atau tidak.

AKU juga sangsi dan mushkil dengan apa yang cuba mereka sampaikan. Lagu tersebut juga merujuk kepada satu aliran tarikat di Indonesia yakni Siti Jenar,Wahdhatul Wujud yang telah dihukumkan oleh manusia sebagai sesat. Anda boleh rujuk di sini >KLIK< AKU takut jika saat itu IBLIS juga pun ikut bersenandung bersama...Nauzubillah min zaliq.

AKU
ini...adalah diriMU
Cinta ini...adalah cintaMU
AKU ini...adalah diriMU
Jiwa ini...adalah jiwaMU

Sesungguhnya mereka, orang-orang yang beriman dan mengamalkan AD-DIN walaupun hanya tertumpu kepada aspek amal ibadah mereka akan nampak PERBEDAAN itu. Tetapi bagi mereka yang beriman dan mengamalkan AD-DIN itu secara KESELURUHAN yakni fizikal dan kerohanian pasti mendapat pengetahuan dan pemahaman makrifat yang SATU - KEBENARAN/AL-HAQ. Biar pun amalan agama dipecahkan dan memisahkan KITA tetapi secara HAKIKATnya kerohanian itu menyatukan dibawah konsep SATU.

Sesungguhnya nilai itu universal dan siapa sahaja boleh menafsirkan apa yang sesuai dengan sudut pandang mereka. Sememangnya ISLAM adalah inspirasi lagu ini. Akan tetapi siapa pemilik mutlak bagi universal itu hanya ALLAH s.w.t...

Rujuklah kepada Hadith Qudsi... mengatakan sebab:

HambaKU yang soleh selalu memujiKU...
AKU lah yang menjadi ucapannya yang dengannya ia berbicara...
AKU lah yang menjadi matanya yang dengannya ia melihat...
AKU lah yang menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar,
AKU lah yang menjadi tanganya yg dengannya ia beramal,
AKU lah yang menjadi hatinya yang dengannya ia berangan-angan..

Sayangnya... adakah perlu untuk AKU menerangkan semua ini kepada mereka yang masih buta. THE TRUTH IS OUT THERE for those whose dare to searching it. The chosen one will searching for these and I'm only can show the door...the path for those to walking.

Daripada video klip itu juga unsur metafora diterapkan. Penyampaian tidak sama seperti yang digambarkan. Mengelirukan...yang pasti timbul kesesatan.Oleh itu jika mahu berhibur mesti beringat...

INGAT... al-masih yakni DAJJAL bukan Nabi Isa. a.s pasti muncul di AKHIR ZAMAN dan mengaku dirinya TUHAN sesungguhnya FITNAH(Tipu daya) DAJJAL itu hebat. Suasana dan keadaan itu sudah pun dapat dirasai oleh mereka yang mengetahui.

dan tapi bagi AKU hanya boleh ingatkan...

73 jalan

73 pintu

Hanya satu pintu sahaja yang menuju kejayaan...

"Subhanakallahumma wabihamdika, asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik"

Isnin, 13 Julai 2009

Yang lepas-lepas...

Minggu lepas rambut KUTU masih panjang mengurai seperti pontianak mengerbang tatkala bergentayang bersama angin malam. Kini rambut KUTU pendek seperti padang ragut yg hampir gondol, berasa seperti AKU masih bersekolah lagi. Kemas dan berdisplin kata mereka. KUTU lupa, KUTU tidak patut menebas semua rambut yang ada di dagu. Rambut oh rambut.

4 hari 3 malam KUTU disana. Keyakinan datang membuak-buak dalam jiwa. KUTU rasakan semakin dekat. KUTU dambakan ehsan dan keredhaan yang melebihi segalanya semoga KUTU tidak timbul rasa riak, sombong dan takbur dengan apa yang KUTU hajati.

KUTU masih diperjalanan jauh mengembara di tanah gersang berbatuan keras. Banyak perkara yang KUTU saksikan tapi sayang KUTU tak pandai bercerita.
Terdapat ralat dalam alat ini