Aku sudah malas melepak dengan mereka, sibuk mengajak aku merasa sedapur dua kemudian mulalah aku jadi asyik senyum meleret. Aku sudah bosan dengan mereka sebab asyik pelawa aku ke Hulu Langat ditengah-tengah malam kononnya mencari ilham.
Jerangkung dengan bomoh pekak sama sahaja. Aku sudah muak. Aku sudah malas bercampur mereka. Aku mahu khoje... untuk mengisi masa senggang aku.
Aku sudah hilang ketagih untuk melepak buang masa hari-hari. Jerangkung... engkau lainlah makan duit pencen. Aku duit satu sen haram tiada.
Dalam tabung lupakan sahaja...
Dalam poket jangan harap ada...
Dalam bank baik mampus...
Sebelum aku cari khoje khidmat nasihat tuan guru perlu aku pertimbangkan. Apakah khoje yang sesuai untuk aku?...tapi hati kecil aku berkeras kerja yang sesuai untuk aku adalah menjadi BOSS...!!!
KAHKAHKAHKAHKAH... Setan malas ketawa berdekah - dekah dibelakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan