Selasa, 30 Jun 2009

Pujangga Hati

Wahai Pujangga Hati...

AKU mahu jadi penjaga Taman Hati MU, AKU sudah semaikan benih sayang biar ia bercambah jadi pohon rindu.AKU sirami hati MU biar mekar bunga- bunga cinta di Taman Hati MU. Sampai satu masa AKU datangi Taman Hati MU menuntut hak atas yang halal bagi AKU dan KAMU.

Ohhh Pujangga Hati!!!...

Rasa sayang ADINDA muncul jua untuk jiwa ini.Terasa tenang bagai air di kali.Apabila rasa rindu ADINDA pula datang menjelma jiwa ini pasti mengawang.Melayang-layang di langit biru mengejar awan.

Terima kasih,Pujangga Hati...

Aduhai Pujangga Hati,jangan seksa jiwa ini. Sudah sekian lama jiwa ini tandus dengan ilham. Hadirlah DIKAU menyirami jiwa ini bak mutiara jernih membawa khabar gembira.Jangan biarkan jiwa ini gundah gulana.Jiwa ini tidak bisa menanggung sengsara. Moga kasih sayang antara jiwa & hati bersemi jadi taman yang indah bagai syurga abadi.

Sabtu, 27 Jun 2009

AKU MURTAD...

Tak kira macam mana susah engkau cuba. Engkau tak boleh hentikan AKU sekarang. Sejak jaman Flintstones sampai ke masa Tun Teja dipantat oleh Hang Tuah. Turun ke jaman Francis Light berak di Penang. Bumi ini terus melalui perubahan. Kemudian datang plak J.W.W Bitch mandi-manda, mampus di rodok dgn sundang, masa terus bersambung untuk berubah. Tiada yang kekal lama dan sama, tapi pasti ada yang ikut sama MURTAD!!!

Macam Hang Jebat, Pendeta Zaa'ba, Dr. Burhanuddin Helmy, Pak Sako. MURTAD!!! pada umur dan jaman mereka. Ya... MURTAD!!!

Daripada warna-warna yang berbeda sejauh-jauh lubang yang nyaman.
AKU adalah produk ciptaan MAHA KUASA.
SEKARANG masanya... MURTAD!!!
AKU & mereka ada FALSAFAH sendiri. Mereka merubah haluan sejarah.
Setiap hari ada orang seperti AKU & engkau... MURTAD!!! dengan FALSAFAH tersendiri merubah haluan sejarah.

P/s; Bukan soal MURTAD akidah AKU ini soal PERJUANGAN!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

AKU masih disini...

Apa yg mampu AKU lakukan???

Secara realitinya AKU memang hidup dlm aturan sistem ilusi ciptaan mereka, AKU makan, AKU minum, AKU bekerja atas tiap2 perkara segalanya telah di rencana dan diatur dgn corak mereka yg liberal pada akal dan hati lagi hedonistik, nilai-nilai moral yg korup lagi sekular. Mereka cuba me-liberalisasikan segalanya dlm aspek pemikiran, budaya-sosial dan pegangan. Tapi AKU masih bertahan dan terus bertahan.

Sistem pemerintahan yg di kuasai oleh proksi2 mereka. Dari Putrajaya, hingga ke Downing Street sampai ke Juruselam singgah di Washington D.C. Semuanya mereka. Pejamkan mata, pekakkan telinga, kuncikan mulut biar jadi hamba moden. Mereka memang parasit yg mengharu- birukan suasana dgn agenda tersirat.

AKU tidak mahu dijadikan hamba lagi dilekakan oleh mereka dgn hiburan duniawi. AKU mahu bebas berkarya tanpa gangguan. Bekerja tanpa ada tekanan daripada mereka. AKU tidak mahu sampai satu saat AKU menjauhkan diri daripada hal duniawi meninggalkan terus. Pasti AKU akan dipersoalkan kemudian masa. Ini bukan hal enteng bagi AKU.

Ingat masanya semakin hampir adakah AKU dan kalian semua sudah bersedia???

AKU tidak mahu cahaya itu hanya tinggal nama sahaja.

Tapi ingat semua mereka itu bukan sebaik-baik perancang tidak pula mengetahui atas segala perkara dan kenapa kisah silam terjadi dan mengapa masa depan tidak dapat dirungkap.

Wallahu'alam bi sawab

Rabu, 24 Jun 2009

Oi!!! Lepaskan lah...


"jika aku berkata benar masih ada yg berkata aku berdusta. Jika aku berbohong ada juga yang berkata itu semua benar belaka. Maka berhati-hatilah kerana aku hanyalah manusia biasa, insan yang punyai akal terbatas dan nafsu sama seperti mereka..."

Selasa, 23 Jun 2009

KUTU yang mati KUTU

AKU semakin mati KUTU. Intenet kat umah down terus langsung jam smpai AKU terpaksa gigi jari. Ini mungkin sbb ada mahkluk2 ghaib yg dengki dan jeles dgn konsep 1Malaysia yg AKU cuba terapkan. Oleh sbb itu AKU miss interview khoje. Technician plak bleh buat rileks mcm xde ape. Loe bleh senyum meleret dgn 125Z.Kdang2 buat aksi drift dgn nissan cefiro kaler hitam waktu hujan, saving takut tayar botak cepat. Loe mmg DK tapi GUE ttp rasa hampeh xbleh blah klau xde internet kt umah. Biasalah digital boyz. Bilalah??? AKU bleh online hari2, mlm-malam, siang-siang mcm sudah2. Tengok apa dh jadi skrang nie!!! Apa yg AKU bleh buat hanya duduk diam gentel biji balut daun mcm haram!!!

P/s: Entri mencari khoje semakin hilang arah mmg so-sial. AKU gubra!!!

Jumaat, 19 Jun 2009

Skrin monitor KU kaler pink...

Mengong betul!!! apsal lah ngko suka sangat jadi kaler pink xde warna laen ker ngko nk bertukar. Lebih baek AKU bertukar kpd LCD yg lebih langsing pastu cun plak. AKU syang ngko lagi sbb banyak kenangan manis ngko ngn AKU tapi dukacitanya AKU dgn persembahan ngko yg tak mantap mcm dulu lantaklah kalo ngko nak majuk atau nk letup diri. Nanti AKU scrap ngko kt Wellfare. Duduk diam dgn bangla. Mampus loe...

Khamis, 18 Jun 2009

13 hari mencari Khoje...

Hari ini aku gagahkan diri untuk mara selangkah ke hadapan. Aku mesti terus cuba & cuba walau hanya pintu kegagalan yang aku jumpa. Aku pernah gagal tapi kegagalan itu satu dorongan untuk aku bangkit menentang segala rasa takut dalam hidup. Terima Kasih untuk pengalaman...

Phoenix bangkit...

Selasa, 16 Jun 2009

15 hari mencari khoje...

Dalam pencarian khoje masih ada golongan yang suka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Jangan buat iklan menipu... bengong betul. Virus dan parasit dalam masyarakat.

Notasiku: Aku nak cari Khoje... "esok masih ada" or "tiada esok bagi aku".

Isnin, 15 Jun 2009

Anger management session

Get a job... get a life's you dumb ass!!!

You're an asshole... aren't you???

You, son of a bitch!!!

Cam babi!!!

You're sick!!!

p/s: Please tell me if I don't have a future why I'm still here? The merciful told me you have own life's I say that OK... nothing ever change cause we're do nothing!!!

16 hari mencari Khoje...

Arghhh...!!!! bengong betul... memang pening kepala, susah betul nak jadi BOSS. Woi...!!! tak nak panggil aku buat preview & interview ke...???. Bapak CV dengan mak resume aku sudah hantar pakai posman, pakai email, surat berantai pun aku buat juga, pesanan ringkas macam-macam lagi.

AKu sudah tiada semangat nak melepak bersama kutu-kutu lain...

"Itulah kutu gua sudah bilang dekat lu jangan buang masa banyak sangat, jangan asyik nak berangan macam mat jenin... tengok sekarang lu sudah ketinggalan bas. Orang semua sudah sampai destinasi tapi lu melepak lagi dekat sini."

Notasiku: Setan malas sedut dalam-dalam surya pastu hempus dekat muka aku sambil goyang kaki. Hawau betul lu... aku sudah lama makan hati dengan lu setan malas.

Ahad, 14 Jun 2009

Buat mereka yg masih bertarung...

Pada siapa yang masih bergelut dengan hawa nafsu mari baca ini... satu luahan seorang insan kaki masturbasi...>klik<

17 hari mencari Khoje...

Lagi, lagi hari ahad tiada hari lain ke selain hari Ahad...??? Nak cari khoje... rileks lah kutu... lupakan inikan hari minggu masa untuk beristirehat bersama keluarga. Mana aku punya bantal ni... ishhh.

SONIA

Dalam keheningan pagi sedingin embun jernih,
Sayup seruan azan subuh nan karamah memecah syahdu.....sedih,
Sunyi dan sepi bermain di hati yang gundah,
Moga rindu ini tiada siapa yang endah,

Disebalik tawa gembira...
Disebalik gurau senda...
Disebalik senyuman manja...

Aku menangis seorang diri,
Hati aku pilu melihat sikap sendiri,
Walau tenang selalu...sayang masih ada sepi,

Batin ini amat kecewa,
Bak luka terubat duka,
Di sini hakikat suratan jiwa,

Matahari muncul kembali menerangi jiwa nan sepi,
Pohon-pohon rimbun tunduk memuji ke hadrat ilahi,
Mata-mata kasih tidak sudi memandang lagi,

Jangan pergi wahai cermin hati,
Usah di kesal apa yang terjadi,
Kasih sayang yang sembunyi hanya sekali,

Rasa cinta itu cukup untuk kau rasai,
Relakan ia mengalir deras berlalu pergi,
Biar kau mengerti kenapa ia terjadi,
Jauh di lubuk hati masih ada ilham baru untuk diterokai...

Nukilan,
j4l4k

Sabtu, 13 Jun 2009

18 hari mencari Khoje...

Hari ini aku beli akhbar arus perdana omputih namanya The Star. Manalah tahu nasib aku ada baik hari ini. Ada khoje kosong yang membolehkan aku jadi BOSS. Tebal betul akhbar itu, aku teliti sehelai sehelai tetiba aku naik semak dalam kepala sebab tak tahu yang mana satu nak pilih... akhirnya aku campak akhbar itu ke tepi sambil layan mata....lama kelamaan dunia aku gelap gelita... zZzZzZzZz.

Nak cari khoje... aku yakin boleh buat .

Notasiku: Setan malas tengah layan blues dengan Siti Nafsu berkhalwat dalam kelambu.

Jumaat, 12 Jun 2009

Penyerang-penyerang halimunan

Aku dapat rasakan hari ini akan ada serangan psikologi tentang moral & peribadi serta emosi terhadap aku tapi tak tahu bila akan berlaku... biarkan sahaja aku tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Adakah aku akan tewas di medan juang ugutan si bedebah ini... bertahan wahai kutu sekalian. Ini raja segala kutu dilambung terbang melayang di hempas melantun berderai...

Notasiku: Hari ini jumaat jadi elok aku buat solat sunat tolak bala... kehkehkeh.

19 hari mencari Khoje...

Dukacitanya bahawa encik tidak layak untuk jawatan ini kerana kelayakkan encik terlalu tinggi bagi kekosongan di pihak kami. BOSS tempat kami pun sekolah setakat darjah 6 ini kan pula encik tamat tingkatan 5. Harap maaf segala kesulitan amat kami kesali.

Notasiku: Aku tak kesah pun... tak apa ada lagi khoje yang lagi bagus dekat luar sana... kutu jaga-jaga aku nak kentut...

Khamis, 11 Jun 2009

20 hari mencari Khoje...

Aku pelik kenapa aku perlu mengikut aturan sistem ini...???

Aku mahu jadi seperti Neo dalam pilem trilogi Matrix lari daripada aturan sistem menjadi satu lagenda penentangan.

Masih ada jalan lain, tidak perlu aku mengikut aturan sistem yang korup, kepalsuan ciptaan daripada idea-idea orientalis, pemikir-pemikr kelab febian & mason yang hanya mahu terus-menerus memisahkan agama daripada segala aspek kehidupan dunia. Ini semua bohong!!! Itu semua ilusi. Dunia tong sampah, fitnah besar di akhir zaman.

Khoje oh Khoje...

Engkau buat jiwa-jiwa merdheka berterusan menjadi abdi zaman moden...

Rabu, 10 Jun 2009

AKU yang dibenci

Kenapa sering kali aku dipermainkan?
Kenapa aku terus disyaki?
Kenapa maksud aku sering disalah ertikan?

Adakah salah untuk aku menyatakan sesuatu?

Sampai bila permainan ini terus berlangsung...

Selagi roda nasib itu masih berputar...

Ya...cukup lama aku jalan sendirian tanpa kawan yang sanggup mengerti.

21 hari mencari Khoje...

Aku semakin menyampah dengan keadaan sebegini. Aku dapat rasakan seperti ada mata-mata serong berterusan memandang sinis kepada aku, mulut-mulut nista yang keji sering kali mengata aku. Engkau hanya seorang pecundang... maha pemalas.

Hari ini geng melepak aku lapor diri di tempat khoje baru. Dia dapat khoje di pusat membeli belah terbesar di Malaysia sebagai technician. Dia begitu teruja. Aku tumpang gembira.

Notasiku: Tawaran tidak semesti menguntungkan, pilihan tidak semestinya tepat...

Selasa, 9 Jun 2009

22 hari mencari Khoje...

Tadi pakcik aku call,

"Kenapa dengan lu ni? tempoh hari gua suruh lu apply online masuk program apprantis, lu tak isi. Lu buat bodoh, buat menggong. Gua ada konektion orang dalam, boleh adjust kan... melepas lu kalau tak, konpem lu dapat. Macam ni lah nanti lu jumpa lu punya saudara dekat klcc tanya dia ada khoje kosong, gua dengar ada nak pakai orang."

Aku mengiyakan sahaja. Aku tahu niat pakcik aku murni & ikhlas tapi aku tak suka kalau ada perkara yang aku usahakan ada unsur - unsur nepotisme & kronisme. Aku benci dengar perkataan kabel,orang dalam serta anak- beranak haram jadam benda macam itu.

Aku cari khoje...
Aku jumpa khoje...
Aku minta khoje...

Aku tahu siapa aku...

Isnin, 8 Jun 2009

23 hari mencari Khoje...

Aku sudah jumpa iklan khoje yang sesuai dengan kelayakan aku sebagai kutu confirm aku boleh dapat jadi BOSS kat sana tapi... boleh hilang iklan khoje itu. Puas aku cari tapi tak jumpa. Gampang... iklan khoje sudah jadi kapal terbang kertas... memang sial pilot kapal terbang kertas itu.

Ahad, 7 Jun 2009

24 hari mencari Khoje...

Ahad hari semua BOSS tidak kira chief executive officer sampai ke junior executive yang cabuk cuti.

Jadi aku sebagai BOSS kutu ikut cuti sekali. Merehatkan badan daripada segala kerja bawah tanah yang memakan diri.

Hari Ahad... engkau memang best. Alangkah bagus kalau setiap hari adalah hari Ahad.

Notasiku: Setan malas tidur tidak ingat dunia bila hari Ahad. Isnin nak cari khoje lagi...

Sabtu, 6 Jun 2009

25 hari mencari Khoje...

Selamat Hari Jadi Tuanku...

"Daulat Tuanku... sembah patik... sebagai rakyat Malaysia patik teringat sangat nak jadi BOSS di bumi sendiri asyik orang lain sahaja yang jadi BOSS. Patik nak juga."

"Oh... nak jadi BOSS ya... beta memang boleh perkenankan. Boleh memang boleh...... BOLEH BLAH"

"Padan muka engkau... kutu. Tuanku sudah murka" Setan malas tersengih memandang aku.


Notasiku: Jangan mengharapkan sesuatu tanpa usaha...

Dalam Mencari???

Dalam mencari apa yang dicari...
Ada ketika kita tersesat & lemas dalam diri sendiri...
Butang-butang diri hampir terlucut...
Menampakkan tubuh yang gebu lalu diusap-usap mengalir air berahi, ghairah tak terperi...
Itulah dunia hari ini...
Nipisnya maruah bertuhankan syaitan...
Pulanglah ke pangkal jalan...
Wahai insan...

Tok Uban
12.30am
June 2,2009

Jumaat, 5 Jun 2009

26 hari mencari Khoje...

Saya ingin jadi BOSS kerana
________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
(Tidak melebihi 50 patah perkataan)

Khamis, 4 Jun 2009

Lelaki itu siapa?

Lelaki itu mundar-mandir tanpa arah tuju. Dia berhenti seketika memandang hiruk-pikuk hutan batu. Masa berjalan terlalu pantas. Dia bingung keseorangan. Tiada siapa menghiraukan dia. Dia kecewa. Langkah yang longlai harus di atur. Ke mana dia tidak pasti. Penghuni hutan batu tidak kenal erti diam. Ada yg mengaum, ada yang berdecit. Lelaki itu terus berjalan di celah-celah kerancakkan penghuni hutan batu. Dia tertanya-tanya kepada siapa dia meminta belas kasihan. Lelaki itu perlu dibantu. Lelaki itu memerlukan sesuatu. Dia malu untuk menyapa. Dia tidak petah berbicara. Lelaki itu bertambah bingung.

Hari semakin meninggi membakar lelaki itu. Dia masih melangkah sumbang. Kelmarin dia di penjara. Semalam dia merdeka tapi sayang hari ini dia merempat tiada siapa peduli. Dia menyeluk kocek hanya habuk serta benang lapuk yang dapat. Dia lapar duit tiada. Perut lelaki itu memberontak. Tangan kiri ditekan-tekan lembut ke perut. Duit dia habis di joli membeli air mabuk melanggan sundal tatkala meraikan kemerdekaan. Lelaki itu tidak serik. Lelaki itu tidak menyesal. Perut dia menyanyi dia lapar untuk makan.

Dari lorong gelap ada mata jahat memandang lelaki itu. Parang & golok ikut sama merenung. Mata jahat tersenyum gembira. Lelaki itu pasti mampus. Parang & golok dahagakan darah lelaki itu. Lelaki itu memang malang. Langkah yang dihayun tersilap memilih ke jalan kematian. Dia terjerat dia terkepung di lorong gelap. Mata jahat menyeranah. Lelaki itu lemah tiada kudrat untuk beradu. Lelaki itu dayus. Lelaki itu bacul. Kaki dan tangan mengucap salam perkenalan Lelaki itu tersungkur. Dia bangkit pantas golok singgah di kepala. Parang semakin menggila menetak membabi buta. Parang & golok tidak kenal erti kasihan Darah merah yang hanyir mengalir deras. Dia meraung kesakitan. Penghuni hutan batu hanya diam tidak peduli.

Parang & golok bersorak gembira. Mata jahat ketawa berdekah-dekah. Lelaki itu sudah sampai ke penghujung hidup. Parang & golok sambung bekerja. Lelaki itu terlentang sudah tidak bernyawa. Mata jahat meludah. Mata jahat menyumpah. Darah ditebus dengan darah. Tiada siapa peduli. Lorong gelap hari itu bermandikan darah merah pekat. Mata jahat berlalu pergi. Parang & golok hilang entah kemana.

Dari jauh kelihatan anjing-anjing jalanan menjamu selera di lorong gelap itu. Satu nyawa sudah dikorbankan. Esok lusa siapa lagi yang akan kecundang?

27 hari mencari Khoje...

"Kutu... lu cakap nak jadi BOSS kan???" Soal Oom kepada aku.

"Betul... gua nak sangat jadi BOSS, serius tahap gila babi."

"Betul lu nak jadi BOSS???" tanya Oom lagi.

"Gua tak tipu lu, gua memang kemaruk nak jadi BOSS."

"Bagus... engkau jadi gua punye BOSS-ia, gua dapat untung lu dapat sedap tapi sakit sikitlah... gua jual lu... lu cuma perlu tonggeng & tadah, gua jadi bapak ayam... KAHKAHKAHKAHKAH" Oom mengilai macam pontianak .

"Celaka... lu ingat gua apa... lu memang bangsat"

Rabu, 3 Jun 2009

28 hari mencari Khoje...

"Hello...!!! BOSS, you mahu beli durian?" Kata pemuda bermata sepet yang berambut karat.

Aku gelengkan sahaja kepala tak mahu. Dalam hati aku teruja dia memanggil aku BOSS... gila... memang dia panggil aku BOSS. Maka kembanglah hidung bersama tahinya.

"Gampang... lu kutu si sepet itu baru panggil BOSS, lu sudah eksyen... pirahhh..." Setan malas membentak.

Selasa, 2 Jun 2009

Boleh mampus sama engkau juga...

Ini bukan pernyataan penyerahan...

Maaf untuk menulis...

Fitnah itu penipuan & umpat itu kebenaran sememangnya pakaian bagi lelaki & perempuan.
Pakaian yang hina daripada zina.

Perjalanan silam sudah dimaafkan... ini perjalanan orde baru...
Maaf untuk apa? jika masih mengalir darah-darah merah yang hitam & berbau hanyir di parut sumbang.
Maaf untuk apa? jika aku rasa ada lagi zarah-zarah dendam di hati engkau & aku.
Maaf untuk apa? jika masih sangsi dan ragu-ragu.

Persetankan semua itu. Aku tidak peduli.

Maaf itu ikhlas
Maaf itu luahan
Maaf itu penyesalan

Jarang untuk aku mengaibkan saudara-saudara aku dengan caci-maki yang lebih kesat daripada kertas pasir. Sayangnya engkau seperti itu.

Aku tidak pernah mengutuk engkau di depan sesiapa.
Aku tidak menjaja cerita siapa engkau.

Kenapa engkau mesti perasan?
Kenapa engkau mesti terasa pedas jika aku yang makan sambal belacan?

Ini bukan alasan
Ini adalah pernyataan

Hati aku kecil senang terbakar
Badan aku besar sukar dihempas
Engkau lupa aku ada jiwa... jiwa aku sangat besar

Adakah engkau benar belaka?

Maaf untuk menulis

29 hari mencari Khoje...

Woi...!!! lepak dulu... si jerangkung dalam almari menjerit memanggil aku. Bomoh pekak tersenyum sinis memandang aku. Aku diam membatu sambil tersengih-sengih. Aku percepatkan langkah meninggalkan insan-insan hedo itu.

Aku sudah malas melepak dengan mereka, sibuk mengajak aku merasa sedapur dua kemudian mulalah aku jadi asyik senyum meleret. Aku sudah bosan dengan mereka sebab asyik pelawa aku ke Hulu Langat ditengah-tengah malam kononnya mencari ilham.

Jerangkung dengan bomoh pekak sama sahaja. Aku sudah muak. Aku sudah malas bercampur mereka. Aku mahu khoje... untuk mengisi masa senggang aku.

Aku sudah hilang ketagih untuk melepak buang masa hari-hari. Jerangkung... engkau lainlah makan duit pencen. Aku duit satu sen haram tiada.

Dalam tabung lupakan sahaja...
Dalam poket jangan harap ada...
Dalam bank baik mampus...

Sebelum aku cari khoje khidmat nasihat tuan guru perlu aku pertimbangkan. Apakah khoje yang sesuai untuk aku?...tapi hati kecil aku berkeras kerja yang sesuai untuk aku adalah menjadi BOSS...!!!

KAHKAHKAHKAHKAH... Setan malas ketawa berdekah - dekah dibelakang.

Isnin, 1 Jun 2009

30 hari mencari Khoje...

AKU nak khoje.

AKU nak buka mata2 mereka yg bermulut jahat yg mengata AKU...yer khoje x kesah apa khoje pun...

janji masyuk,
janji lumayan,
janji senang,

AKU nk khoje yg...

Bleh AKU membuta
Bleh AKU mengulor selalu
Ada jaga kebajikan AKU
Bleh buat AKU bahagia
Bleh bagi AKU ketenangan...

AKU nk jd BOSS terus, bleh tak???

"Ada hati nk jd BOSS simpan jer lah niat tue loe kan malaz tahan bahbee" Setan malas membebel.

AKU buat bego jer.

antara OU dan Curve...bahagian akhir.

Aku dapat rasakan ada bau-bauan hawa jenis generasi melayu moden lalu ditepi aku. Zasss... mereka melabuhkan bontot di kerusi di meja hujung sebelah kiri aku di sebelah kanan. Aku perhatikan seorang berpakaian sopan walaupun tidak menepati piawai menutup aurat yang betul. Wajah mereka terlindung. Lagi seorang perghhh... pakai macam dia tengah hang-out di Hollywood Boulevard. Kulit sawo matang bentuk badan yang ber- curve seperti french curve aku guna untuk melukis ... hehehe. Muka minah itu boleh dikirakan dalam kategori boleh pergi juga sebab aku mengadap bertentangan dengan dia daripada jauh. Minah itu pakai evening gowns singkat paras lutut corak bunga-bunga, minah bunga rasanya dia ini nasib baik tiada rambu-ramba... Kahkahkahak. Aku buang pandangan minah tersebut mendengar Anas dan Napi yang rancak berborak berkisar awek kampung yang jual mahal sampai ke cuti-cuti Malaysia. Mereka nak pergi Ipoh. Mereka pelawa aku ikut sama. Aku diamkan sahaja... memang tak nak ikut pun.

"Kutu... engkau tak payah pergi aku tak suka jalan jauh buat penat badan sahaja" Setan malas aku membantah.

Kutu- kutu memang pandai berbual. Aku pun sama. Mata aku meliar melihat suasana sekeling. Macam-macam ragam, macam-macam gelagat.

Tiba-tiba ada satu suara halus berbisik kepada aku agar merenung kembali ke minah sawo matang yang pakai gowns itu. Ya... aku pandang ke arah dia. Tiada apa... Ehhh apa itu???... kurang sopan sungguh minah ini. Aku lihat dia bersahaja duduk di atas kerusi dengan bukaan kangkangan peha yang tak manis. Cis... kenapa aku suka memandang benda macam itu mungkin kerana aku... lelaki. Aku masih memandang mencari sudut-sudut yang sesuai... hahaha. Si dia tidak perasan. Aku beritahu Anas & Napi hal itu... mereka memandang lalu tersengih-sengih macam kerang busuk... kahkahkah. Minah itu masih buat don't know sahaja... sial betul.

Aku teringat pula kata-kata seorang pengetua sekolah convent pompuan kepada pelajar-pelajar pompuan yang memakai seragam skirt bawah lutut asyik duduk tak kena gaya dan tak senonoh nak terkangkang sana-sini macam kera kena belacan sewaktu perhimpunan pagi.

"Hey gurl...please close your coffee shop"

Ini sudah cantik satu peluang yang baik. aku perlu berbuat sesuatu untuk bagi pengajaran kepada minah itu. Aku keluarkan telepon bimbit berwarna emas celup edisi terhad Dolce & Gabbana. Aku berlakon seperti mahu merakam wajah Anas yang duduk di hadapan. Aku cuba zoom-in pada celah minah itu tapi tak jelas sebab gelap maybe minah itu pakai panties hitam, tak dapat Aku tak kecewa. Minah gowns itu mula perasaan perlakuan aku dan wajah si dia berubah, masam mencuka. Tapi kali ini dia pula cuba bermain, membiar terkangkang seolah-olah cuba memancing aku dan kutu-kutu yang lain. Napi beritahu minah itu siap goyangkan pehanya. Ini sudah bagus. Anas pula sudah hampir hilang sabar, mahu sahaja dia berterus-teras kepada minah itu. Rileks nanti dia sedar sendiri. Aku lihat jantan-jantan yang lain juga memandang dan berbisik-bisik... padan muka engkau minah, merelakan mata-mata nakal memandang. Aku lantakkan sahaja. Dia memang degil masih buat bodoh membiarkan mata-mata nakal mencabul engkau secara halus.

Akhirnya minah itu menyerah kalah lalu kaki kanan di angkat & ditindihkan di atas kaki kiri. Bersilang kaki juga dia. Anas menoleh memandang dia mengisyaratkan thumb-up. Minah itu tarik muka. Padan muka engkau minah terimalah penghargaan daripada kutu-kutu.

Aku tinggalkan Kayu Nasi Kandar dengan RM9.80 menuju The Curve. Trio kutu mengulangi lagi peristiwa rusa masuk kampung... ahahahak. Masuk kedai keluar kedai, belek sana belek sini. Naik lif turun lif. Baru aku perasan antara OU dan The Curve ada bedanya... memang berbeda. The Curve memang citarasa aku dengan ruang terbuka yang memang santai sambil mendengar live band yang mendendangkan lagu-lagu oldies. Sekali-sekala buat eye treatment. Arghhh... memang membuang masa walaupun masa itu emas.

Aku, Anas & Napi kemudian melangkah masuk ke dalam perut Cineleisure walaupun tempat itu tiada dalam senarai untuk di lawati. Naik ke atas berpusing-pusing macam gasing. Napi boleh nampak karaoke jamban lagi. Melalak lagilah, Apa nak jadi??? jadi penyanyi jamban lagi lah. Aku hiburkan diri aku dengan ber-karaoke lagu Sakit Hati Tipe-X dan My Way by Frank Sinatra.

AKU lihat di wajah Anas & Napi satu kepuasan. Berjalan banyak terasa lenguh & penat kaki aku sebelum pulang sekali lagi The Curve di tawaf. Aku sudah sampai ke penghujung rancangan dan mencari jalan pulang.

Akhirnya pulang jua aku ke sarang. Terima kasih kepada pihak pengurusan OU dan The Curve kerana menaja tempat membuang masa aku tanpa mengenakan cukai tandas sebanyak 30 sen dan tidak lupa juga Cineleisure yang menyediakan khidmat karaoke jamban yang ada kerusi patah.

Kesimpulannya membuang masa tiada maknanya...

antara OU dan Curve...

Setiap hari ahad memang aku suka bangun lewat.

"Cis... hari-hari engkau bangun lewat kutu, jangan nak menipu" Setan malas menyampuk.

"Diamlah engkau, setan malas... jangan menyampuk apa yang aku mahu tulis. Aku punya sukalah." Aku kilas balik.

Aku sudah planning baik dengan Anas semalam, masa nonton Chealsea lawan Everton. Aku nak buang masa kat OU. Anas kata set, boleh dia bawa sekali saudara dia. Bagus-bagus... lagi ramai lagi baik. Orang ketiga itu namanya Napi. Aku gerak ke OU jam 3 petang. Cuaca okey mungkin pasal Anas tak lap backbones dia. Sudah 3 malam bila lepak dengan Anas dia mula buat perangai nak belai-belai dan lap-lap backbones kesayangan dia langit mesti kencing mencurah tak pun comfirm renyai-renyai. Aku nak lepak pun tak best.

OU tunggu aku datang...

Sampai OU, parking backbones kunci elok-elok dan aktiviti pun bermula. Aku, Anas dan Napi mulai merayau liar seliar-liarnya. Semua ceruk kalau boleh nak masuk pusing. Berjalan-jalan sambil buat eye treatment. Mencuci segala kotoran di mata. Bila sudah puas jalan-jalan cari pasal pula nak melalak dalam karaoke jamban. Nak tengok wayang gambar tak mampu sebab aku & kutu-kutu yang lain hanya mampu berfoya-foya dengan hiburan kelas murahan sebegitu. Napi boleh teringat pula dia ada hal nak jumpa seseorang, dia call orang itu, awek beb.... semalam kata kerja dekat OU kedai XxX. Anas & Napi carilah tuan badan tapi tak jumpa-jumpa juga, aku suspek awek ini menyorok tak nak jumpa atau game Napi... pokemon betul. Kesian... Napi. Dia cool diam buat bodoh sahaja but rasanya dalam hati Napi menyumpah-nyumpah awek satu kampung dengan dia yang jual mahal itu. Lantak janji kau bahagia sudah awek kampungan.

Rumusan daripada aktiviti membuang masa aku di OU tiada apa-apa yang menarik di sana pun. OU hanya pusat membeli-belah yang kununnya hype dikunjungi dengan anak beranak si sepet, minah salleh bawah umur yang menunggu di table pool, pemakai pakaian kurang kain 55% , suami isteri, pasangan bercinta ber-dating, generasi melayu moden yang tak sedar diri...whatever. Aku sebulat suara menyatakan OU tempat yang menyeronokan tapi masih ada kebosanan. Rileks dulu... pekena gudang garam & paradoks dulu baru berambus dari situ.

Aku cadangkan pada mereka kita pergi ke The Curve pula. Anas & Napi tidak membantah hanya mengikut telunjuk aku, bagus a good kutu must obey his leader. Vrooom... destinasi seterusnya The Curve.

The Curve tunggu aku datang cari pasal...

Sampai di sana... Napi pula merungut tekak dia sudah kering amat. Itulah kalau leka membuang masa sangat sampai lupa basahkan tekak dengan H2O. Tiga Abdul melepak makan dan minum di Kayu Nasi Kandar tepi Tesco. Harga tak boleh tahan kalau anda hanya berstatus kutu. Anas dan Napi bedal nasi lemak, aku makan tosai minum teh O ais sama dengan Anas. Napi minum Milo... dia cakap nak jadi sihat & kuat.

Bersambung...