Ahad, 30 Ogos 2009

MERDHEKA atau MATI!!!


(gambar sekadar hiasan)


Adakah kita ini betul-betul merdheka? Minda dan perbuatan?

Bagi gua yang merdheka pada masa tue hanya Malaya, perseKUTUan Tanah Melayu pada 31hb Aug 1957, tidak pada Sarawak dan juga Sabah. Malaysia hanya dapat direalisasikan pada 16 Sept 1963... Singapura ikut sama kemudian keluar pada 1965 atas sebab ketenteraman awam yang meragukan. Cis!!! kenapa mesti sentiasa menjadi mangsa penipuan oleh mediamassa arus perdana yang dimanupulasi oleh satu komplot...ini semua mainan poliTIKUS demi kesinambungan satu agenda. Satu barah yang tak dapat diubati lagi...perlukah gua terima kenyataan ini. Memang dasar pecah & perintah satu sistem yang gagal dan korup hasil usahasama ribuan tahun...kemudian cuba di satukan dengan sistem pemerintah tunggal dan mutlak...

Siapa yang mengawal masa lampau sekarang, mengawal masa depan!!!
Siapa yang mengawal masa depan sekarang, mengawal masa lampau!!!
Siapa yang mengawal sekarang???

Fikirlah sendiri...

MERDHEKA kah gua sekarang???

Pesanan KERAjaan: Pasanglah jalur gemilang terbalik kalau teringin merasa menginap Hilton Kemunting itu pown klau dapat tangkap. Hormatilah bendera...jalur gemilang.

NotaSiku: Gambar nie gua snap sewaktu membeli kretek tanpa duti KERAjaan, lokasi rahsia.