Isnin, 1 Jun 2009

antara OU dan Curve...bahagian akhir.

Aku dapat rasakan ada bau-bauan hawa jenis generasi melayu moden lalu ditepi aku. Zasss... mereka melabuhkan bontot di kerusi di meja hujung sebelah kiri aku di sebelah kanan. Aku perhatikan seorang berpakaian sopan walaupun tidak menepati piawai menutup aurat yang betul. Wajah mereka terlindung. Lagi seorang perghhh... pakai macam dia tengah hang-out di Hollywood Boulevard. Kulit sawo matang bentuk badan yang ber- curve seperti french curve aku guna untuk melukis ... hehehe. Muka minah itu boleh dikirakan dalam kategori boleh pergi juga sebab aku mengadap bertentangan dengan dia daripada jauh. Minah itu pakai evening gowns singkat paras lutut corak bunga-bunga, minah bunga rasanya dia ini nasib baik tiada rambu-ramba... Kahkahkahak. Aku buang pandangan minah tersebut mendengar Anas dan Napi yang rancak berborak berkisar awek kampung yang jual mahal sampai ke cuti-cuti Malaysia. Mereka nak pergi Ipoh. Mereka pelawa aku ikut sama. Aku diamkan sahaja... memang tak nak ikut pun.

"Kutu... engkau tak payah pergi aku tak suka jalan jauh buat penat badan sahaja" Setan malas aku membantah.

Kutu- kutu memang pandai berbual. Aku pun sama. Mata aku meliar melihat suasana sekeling. Macam-macam ragam, macam-macam gelagat.

Tiba-tiba ada satu suara halus berbisik kepada aku agar merenung kembali ke minah sawo matang yang pakai gowns itu. Ya... aku pandang ke arah dia. Tiada apa... Ehhh apa itu???... kurang sopan sungguh minah ini. Aku lihat dia bersahaja duduk di atas kerusi dengan bukaan kangkangan peha yang tak manis. Cis... kenapa aku suka memandang benda macam itu mungkin kerana aku... lelaki. Aku masih memandang mencari sudut-sudut yang sesuai... hahaha. Si dia tidak perasan. Aku beritahu Anas & Napi hal itu... mereka memandang lalu tersengih-sengih macam kerang busuk... kahkahkah. Minah itu masih buat don't know sahaja... sial betul.

Aku teringat pula kata-kata seorang pengetua sekolah convent pompuan kepada pelajar-pelajar pompuan yang memakai seragam skirt bawah lutut asyik duduk tak kena gaya dan tak senonoh nak terkangkang sana-sini macam kera kena belacan sewaktu perhimpunan pagi.

"Hey gurl...please close your coffee shop"

Ini sudah cantik satu peluang yang baik. aku perlu berbuat sesuatu untuk bagi pengajaran kepada minah itu. Aku keluarkan telepon bimbit berwarna emas celup edisi terhad Dolce & Gabbana. Aku berlakon seperti mahu merakam wajah Anas yang duduk di hadapan. Aku cuba zoom-in pada celah minah itu tapi tak jelas sebab gelap maybe minah itu pakai panties hitam, tak dapat Aku tak kecewa. Minah gowns itu mula perasaan perlakuan aku dan wajah si dia berubah, masam mencuka. Tapi kali ini dia pula cuba bermain, membiar terkangkang seolah-olah cuba memancing aku dan kutu-kutu yang lain. Napi beritahu minah itu siap goyangkan pehanya. Ini sudah bagus. Anas pula sudah hampir hilang sabar, mahu sahaja dia berterus-teras kepada minah itu. Rileks nanti dia sedar sendiri. Aku lihat jantan-jantan yang lain juga memandang dan berbisik-bisik... padan muka engkau minah, merelakan mata-mata nakal memandang. Aku lantakkan sahaja. Dia memang degil masih buat bodoh membiarkan mata-mata nakal mencabul engkau secara halus.

Akhirnya minah itu menyerah kalah lalu kaki kanan di angkat & ditindihkan di atas kaki kiri. Bersilang kaki juga dia. Anas menoleh memandang dia mengisyaratkan thumb-up. Minah itu tarik muka. Padan muka engkau minah terimalah penghargaan daripada kutu-kutu.

Aku tinggalkan Kayu Nasi Kandar dengan RM9.80 menuju The Curve. Trio kutu mengulangi lagi peristiwa rusa masuk kampung... ahahahak. Masuk kedai keluar kedai, belek sana belek sini. Naik lif turun lif. Baru aku perasan antara OU dan The Curve ada bedanya... memang berbeda. The Curve memang citarasa aku dengan ruang terbuka yang memang santai sambil mendengar live band yang mendendangkan lagu-lagu oldies. Sekali-sekala buat eye treatment. Arghhh... memang membuang masa walaupun masa itu emas.

Aku, Anas & Napi kemudian melangkah masuk ke dalam perut Cineleisure walaupun tempat itu tiada dalam senarai untuk di lawati. Naik ke atas berpusing-pusing macam gasing. Napi boleh nampak karaoke jamban lagi. Melalak lagilah, Apa nak jadi??? jadi penyanyi jamban lagi lah. Aku hiburkan diri aku dengan ber-karaoke lagu Sakit Hati Tipe-X dan My Way by Frank Sinatra.

AKU lihat di wajah Anas & Napi satu kepuasan. Berjalan banyak terasa lenguh & penat kaki aku sebelum pulang sekali lagi The Curve di tawaf. Aku sudah sampai ke penghujung rancangan dan mencari jalan pulang.

Akhirnya pulang jua aku ke sarang. Terima kasih kepada pihak pengurusan OU dan The Curve kerana menaja tempat membuang masa aku tanpa mengenakan cukai tandas sebanyak 30 sen dan tidak lupa juga Cineleisure yang menyediakan khidmat karaoke jamban yang ada kerusi patah.

Kesimpulannya membuang masa tiada maknanya...

Tiada ulasan: