Jumaat, 1 Januari 2010

Nawaitu tahun baru 2010

Makan sudah, minum pun sudah... tidur tak nyenyak.. lepak yang banyak... kerja cincai-buncai berak pun terabur kencing bercabang lagi... pejam celik... pejam celik dah masuk 2010. Walau macam mana aku perlahankan perjalanan ini, masa tetap mengatasi aku. Masa tetap cemburu pada Aku. Aku kalah lagi dalam pertarungan menentang masa.

2010 datang mengetuk pintu... epilog baru dalam kehidupan aku. 2009 mampus dengan sia-sia tanpa pengorbanan airmata duka dan gembira. Impian dan harapan terkubur bersama kisah-kisah pahit-maung kehidupan. Biarkan 2009 berlalu pergi... tanpa kemanisan dan kepuasan. Tahun ini aku mesti berjaya... ya berjaya dengan misi dan objektif baru. Aku perlu tingkatkan lagi produktivi.... bersedia merintis segala kemungkinan. Aku mesti kurangkan yang negatif... Aku mesti tingkatkan yang positif dalam kehidupan seharian. Aku perlukan sokongan moral dan modal daripada dalam dan luar.

Aku berazam untuk berhenti menjadi penagih tegar candu-candu duniawi tahun ini. Aku berazam untuk hidup berdua, bertiga dan berempat. Aku perlu melabur segala benda yang memberi hasil pulangan yang lumayan. Aku yang mengubahnya dengan sendiri bukan orang lain bukan kau... bukan dia... hatta kamu juga. Aku yang perlu berubah... Aku yang perlu berhijrah... CHANGE!!! YES I CAN DO IT!!!

Notasiku: Lembaran baru untuk masehi dan 15 Muharram 1431 Hij'ra... Selamat Tahun Baru 2010