Isnin, 1 Jun 2009

antara OU dan Curve...

Setiap hari ahad memang aku suka bangun lewat.

"Cis... hari-hari engkau bangun lewat kutu, jangan nak menipu" Setan malas menyampuk.

"Diamlah engkau, setan malas... jangan menyampuk apa yang aku mahu tulis. Aku punya sukalah." Aku kilas balik.

Aku sudah planning baik dengan Anas semalam, masa nonton Chealsea lawan Everton. Aku nak buang masa kat OU. Anas kata set, boleh dia bawa sekali saudara dia. Bagus-bagus... lagi ramai lagi baik. Orang ketiga itu namanya Napi. Aku gerak ke OU jam 3 petang. Cuaca okey mungkin pasal Anas tak lap backbones dia. Sudah 3 malam bila lepak dengan Anas dia mula buat perangai nak belai-belai dan lap-lap backbones kesayangan dia langit mesti kencing mencurah tak pun comfirm renyai-renyai. Aku nak lepak pun tak best.

OU tunggu aku datang...

Sampai OU, parking backbones kunci elok-elok dan aktiviti pun bermula. Aku, Anas dan Napi mulai merayau liar seliar-liarnya. Semua ceruk kalau boleh nak masuk pusing. Berjalan-jalan sambil buat eye treatment. Mencuci segala kotoran di mata. Bila sudah puas jalan-jalan cari pasal pula nak melalak dalam karaoke jamban. Nak tengok wayang gambar tak mampu sebab aku & kutu-kutu yang lain hanya mampu berfoya-foya dengan hiburan kelas murahan sebegitu. Napi boleh teringat pula dia ada hal nak jumpa seseorang, dia call orang itu, awek beb.... semalam kata kerja dekat OU kedai XxX. Anas & Napi carilah tuan badan tapi tak jumpa-jumpa juga, aku suspek awek ini menyorok tak nak jumpa atau game Napi... pokemon betul. Kesian... Napi. Dia cool diam buat bodoh sahaja but rasanya dalam hati Napi menyumpah-nyumpah awek satu kampung dengan dia yang jual mahal itu. Lantak janji kau bahagia sudah awek kampungan.

Rumusan daripada aktiviti membuang masa aku di OU tiada apa-apa yang menarik di sana pun. OU hanya pusat membeli-belah yang kununnya hype dikunjungi dengan anak beranak si sepet, minah salleh bawah umur yang menunggu di table pool, pemakai pakaian kurang kain 55% , suami isteri, pasangan bercinta ber-dating, generasi melayu moden yang tak sedar diri...whatever. Aku sebulat suara menyatakan OU tempat yang menyeronokan tapi masih ada kebosanan. Rileks dulu... pekena gudang garam & paradoks dulu baru berambus dari situ.

Aku cadangkan pada mereka kita pergi ke The Curve pula. Anas & Napi tidak membantah hanya mengikut telunjuk aku, bagus a good kutu must obey his leader. Vrooom... destinasi seterusnya The Curve.

The Curve tunggu aku datang cari pasal...

Sampai di sana... Napi pula merungut tekak dia sudah kering amat. Itulah kalau leka membuang masa sangat sampai lupa basahkan tekak dengan H2O. Tiga Abdul melepak makan dan minum di Kayu Nasi Kandar tepi Tesco. Harga tak boleh tahan kalau anda hanya berstatus kutu. Anas dan Napi bedal nasi lemak, aku makan tosai minum teh O ais sama dengan Anas. Napi minum Milo... dia cakap nak jadi sihat & kuat.

Bersambung...

2 ulasan:

I_Hate_Lolipop berkata...

the curve penuh memori - boleh buat sy nangis !

so skarang mengelak dari ke The Curve.

j4l4k berkata...

I_Hate_Lolipop - jom hang-out kt The Curve hik3.