Khamis, 20 Mei 2010

Tag lah sangat....

Apa kejadah main tag-tag orang. Tak de kemalu-maluan ke...???

KAHKAHAKKAHAK...!!!

Aku tak amik pusing sangat sebab aku nie jenis mesra alam. Maka layan jer lah. Tak jawab nanti ada orang kata aku outdated.

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?

Penyewa bilik yang menjengkelkan tuan rumah kedaung... cukup 15,000 pound sterling aku checkout.

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?

YES MAN!!! NO MAN!!! FCUK YOU MAN!!!

LIMA (5) BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?

1) Aku nak tunaikan fardhu Haji...jalan kaki pi Mekah ada berani...???

2)Aku nak kereta macam Frank Martin pakai tu... Audi A8 W12

3)Hitchhiking dari Johor Bharu ke Padang Besar. Jauh berjalan luas pengalaman

4)Digital SLR semestinya Leica akan jadi pilihan aku.

5)Sofa L- Shape... serius aku memang mengidamkan sofa L- shape warna purple dari dulu lagi... dapat brand cikai macam Lorenzo pun jadi tapi harga dah cecah 12K beb!!!... aku tak tiru kau Cik Diyana oiii!!!

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?

Norul Huda Akmal Mohd Shah... anak sarjen

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?

1) Pijak semut tak mati... kerana budi bahasa sopan santun dia

2) Kentut dia busuk lagi... sebab dia manusia normal yang jujur

3)Mulut manis macam gula... sebab pandai mengambil hati aku

4) Malu tapi mahu... dia faham apa yang aku mahukan dari dia

5)Tidak Hipokrit ....kerna dia ikhlas dengan aku itu penting

BILAKAH TARIKH ANDA COUPLE?

5hb June... satu anjakan paradigma bagi aku dan dia.

APAKAH KENANGAN ANDA DENGAN PASANGAN ANDA?

Lost in space@Midvalley

LAGU TEMA CINTA ANDA?

Munajat Cinta... Ahmad Dhani & The Rock itu yang paling seswai doh...


APAKAH PERUBAHAN YANG INGIN LIHAT DARI PASANGAN ANDA?

Dia sudah memadai bagi aku...biarpun dia dan aku ada lebih & kurangnya

Tag 5 rakan lain

Tak de sapa aku nak tag sebab aku tak ramai kawan blogger jadi no more tagged


Rabu, 12 Mei 2010

Bukan makin muda...

Dah tua rupanya... dah tak boleh nak kata apa lagi... Buatlah macam mana pun...yang paling sesuai hanya... TUA... semakin TUA... bertambah TUA... mana boleh muda... tetap TUA.

Pautlah bila makan macam ada rasa yang tak kena... bila berak pun macam sangkut-sangkut... bercakap pun dan lari skrip...

Andai AKU dan undurkan masa... selamat ulang tahun j4l4k

Ahad, 9 Mei 2010

Blog aku dah berkaratz....

Sekarang memang aku dah jarang2 online internet... kalau on pun untuk check emel jer itu pun seminggu sekali kadang2 dua minggu sekali baru aku on ... maklumlah sejak dah berkerjaya makan gaji nie hidup aku jadi makin sibuk ... nak makan minum hisap rokok kencing berak takde ruang langsung. Bila online ada juga aku ushar blog sengal aku nie, dah naik berkarat blog aku bukan apa kalau tak ushar manalah tahu ada barua kat luar sana hack aku punya blog tukar jadi blog bisnes MLM takpun blog porno mahu tak haru biru....

Memang aku takde masa untuk online... SERIUS!!! keluar pagi balik malam. Penat siot mengalahkan surirumah tangga...bila aku balik keje mesti stress mulalah cari salah orang lain langsung tak boleh nak fokus.... aku perlukan sesuatu yang selesa.

Bukan setakat blog ... akaun sosial internet aku yang lain pun dah tak terurus....naik berkulat berlumut... ada juga aku suruh my sweetheart online main game untuk aku ... sayang dia tak concern mungkin kerana masalah teknikal dalam perhubungan adam & hawa...persetanlah

Kalau aku tulis pun ada ke orang nak baca...???