Jumaat, 25 Disember 2009

M untuk Malas

Huh.... lama juga aku tak menulis entri baru untuk blog picisan nie. Senyap tanpa berita merepek, tapi kesian blog aku sunyi tanpa entri sejak di jangkiti kuman M, tahap kerajinan aku merudum macam krisis debit Dubai Stock Exchange..... Malas untuk ber-blogging.... malas segala-galanya atau aku memang pemalas secara semulajadi. Aku macam dah tak boleh nak pergi jauh, tergantung di awangan. Bila sudah ada komiten untuk berkerja aku terlalu fokus pada kerja. Hari-hari balik lewat malam, kena berkomunikasi dengan koordinator, kadang2 kena soal jawab dengan pengurus projek macam-macam hal.... biasalah kerja.Balik rumah dengan stress macam batu besar hempap kepala bila aku nak online kena tunggu angka giliran sebab sekarang aku berkongsi laptop dengan orang lain... PC aku dah 4 bulan tersadai...power supply outdated. Nak ganti baru aku sibuk memanjang dengan tanggungjawab kerja, awek, keluarga kawan2 .... tapi aku masih tetap gagal tanggungjawab aku sebagai hamba kepada Malikul Muluk... aduh!!!

Arghhh....ini tak boleh jadi aku mesti jadi dominan dan relevan dunia dan akhirat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ



"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."



Notasiku: Aku sekarang tengah mendaki tangga-tangga bahagia doh!!!

Tiada ulasan: