Isnin, 1 Jun 2009

30 hari mencari Khoje...

AKU nak khoje.

AKU nak buka mata2 mereka yg bermulut jahat yg mengata AKU...yer khoje x kesah apa khoje pun...

janji masyuk,
janji lumayan,
janji senang,

AKU nk khoje yg...

Bleh AKU membuta
Bleh AKU mengulor selalu
Ada jaga kebajikan AKU
Bleh buat AKU bahagia
Bleh bagi AKU ketenangan...

AKU nk jd BOSS terus, bleh tak???

"Ada hati nk jd BOSS simpan jer lah niat tue loe kan malaz tahan bahbee" Setan malas membebel.

AKU buat bego jer.

antara OU dan Curve...bahagian akhir.

Aku dapat rasakan ada bau-bauan hawa jenis generasi melayu moden lalu ditepi aku. Zasss... mereka melabuhkan bontot di kerusi di meja hujung sebelah kiri aku di sebelah kanan. Aku perhatikan seorang berpakaian sopan walaupun tidak menepati piawai menutup aurat yang betul. Wajah mereka terlindung. Lagi seorang perghhh... pakai macam dia tengah hang-out di Hollywood Boulevard. Kulit sawo matang bentuk badan yang ber- curve seperti french curve aku guna untuk melukis ... hehehe. Muka minah itu boleh dikirakan dalam kategori boleh pergi juga sebab aku mengadap bertentangan dengan dia daripada jauh. Minah itu pakai evening gowns singkat paras lutut corak bunga-bunga, minah bunga rasanya dia ini nasib baik tiada rambu-ramba... Kahkahkahak. Aku buang pandangan minah tersebut mendengar Anas dan Napi yang rancak berborak berkisar awek kampung yang jual mahal sampai ke cuti-cuti Malaysia. Mereka nak pergi Ipoh. Mereka pelawa aku ikut sama. Aku diamkan sahaja... memang tak nak ikut pun.

"Kutu... engkau tak payah pergi aku tak suka jalan jauh buat penat badan sahaja" Setan malas aku membantah.

Kutu- kutu memang pandai berbual. Aku pun sama. Mata aku meliar melihat suasana sekeling. Macam-macam ragam, macam-macam gelagat.

Tiba-tiba ada satu suara halus berbisik kepada aku agar merenung kembali ke minah sawo matang yang pakai gowns itu. Ya... aku pandang ke arah dia. Tiada apa... Ehhh apa itu???... kurang sopan sungguh minah ini. Aku lihat dia bersahaja duduk di atas kerusi dengan bukaan kangkangan peha yang tak manis. Cis... kenapa aku suka memandang benda macam itu mungkin kerana aku... lelaki. Aku masih memandang mencari sudut-sudut yang sesuai... hahaha. Si dia tidak perasan. Aku beritahu Anas & Napi hal itu... mereka memandang lalu tersengih-sengih macam kerang busuk... kahkahkah. Minah itu masih buat don't know sahaja... sial betul.

Aku teringat pula kata-kata seorang pengetua sekolah convent pompuan kepada pelajar-pelajar pompuan yang memakai seragam skirt bawah lutut asyik duduk tak kena gaya dan tak senonoh nak terkangkang sana-sini macam kera kena belacan sewaktu perhimpunan pagi.

"Hey gurl...please close your coffee shop"

Ini sudah cantik satu peluang yang baik. aku perlu berbuat sesuatu untuk bagi pengajaran kepada minah itu. Aku keluarkan telepon bimbit berwarna emas celup edisi terhad Dolce & Gabbana. Aku berlakon seperti mahu merakam wajah Anas yang duduk di hadapan. Aku cuba zoom-in pada celah minah itu tapi tak jelas sebab gelap maybe minah itu pakai panties hitam, tak dapat Aku tak kecewa. Minah gowns itu mula perasaan perlakuan aku dan wajah si dia berubah, masam mencuka. Tapi kali ini dia pula cuba bermain, membiar terkangkang seolah-olah cuba memancing aku dan kutu-kutu yang lain. Napi beritahu minah itu siap goyangkan pehanya. Ini sudah bagus. Anas pula sudah hampir hilang sabar, mahu sahaja dia berterus-teras kepada minah itu. Rileks nanti dia sedar sendiri. Aku lihat jantan-jantan yang lain juga memandang dan berbisik-bisik... padan muka engkau minah, merelakan mata-mata nakal memandang. Aku lantakkan sahaja. Dia memang degil masih buat bodoh membiarkan mata-mata nakal mencabul engkau secara halus.

Akhirnya minah itu menyerah kalah lalu kaki kanan di angkat & ditindihkan di atas kaki kiri. Bersilang kaki juga dia. Anas menoleh memandang dia mengisyaratkan thumb-up. Minah itu tarik muka. Padan muka engkau minah terimalah penghargaan daripada kutu-kutu.

Aku tinggalkan Kayu Nasi Kandar dengan RM9.80 menuju The Curve. Trio kutu mengulangi lagi peristiwa rusa masuk kampung... ahahahak. Masuk kedai keluar kedai, belek sana belek sini. Naik lif turun lif. Baru aku perasan antara OU dan The Curve ada bedanya... memang berbeda. The Curve memang citarasa aku dengan ruang terbuka yang memang santai sambil mendengar live band yang mendendangkan lagu-lagu oldies. Sekali-sekala buat eye treatment. Arghhh... memang membuang masa walaupun masa itu emas.

Aku, Anas & Napi kemudian melangkah masuk ke dalam perut Cineleisure walaupun tempat itu tiada dalam senarai untuk di lawati. Naik ke atas berpusing-pusing macam gasing. Napi boleh nampak karaoke jamban lagi. Melalak lagilah, Apa nak jadi??? jadi penyanyi jamban lagi lah. Aku hiburkan diri aku dengan ber-karaoke lagu Sakit Hati Tipe-X dan My Way by Frank Sinatra.

AKU lihat di wajah Anas & Napi satu kepuasan. Berjalan banyak terasa lenguh & penat kaki aku sebelum pulang sekali lagi The Curve di tawaf. Aku sudah sampai ke penghujung rancangan dan mencari jalan pulang.

Akhirnya pulang jua aku ke sarang. Terima kasih kepada pihak pengurusan OU dan The Curve kerana menaja tempat membuang masa aku tanpa mengenakan cukai tandas sebanyak 30 sen dan tidak lupa juga Cineleisure yang menyediakan khidmat karaoke jamban yang ada kerusi patah.

Kesimpulannya membuang masa tiada maknanya...

antara OU dan Curve...

Setiap hari ahad memang aku suka bangun lewat.

"Cis... hari-hari engkau bangun lewat kutu, jangan nak menipu" Setan malas menyampuk.

"Diamlah engkau, setan malas... jangan menyampuk apa yang aku mahu tulis. Aku punya sukalah." Aku kilas balik.

Aku sudah planning baik dengan Anas semalam, masa nonton Chealsea lawan Everton. Aku nak buang masa kat OU. Anas kata set, boleh dia bawa sekali saudara dia. Bagus-bagus... lagi ramai lagi baik. Orang ketiga itu namanya Napi. Aku gerak ke OU jam 3 petang. Cuaca okey mungkin pasal Anas tak lap backbones dia. Sudah 3 malam bila lepak dengan Anas dia mula buat perangai nak belai-belai dan lap-lap backbones kesayangan dia langit mesti kencing mencurah tak pun comfirm renyai-renyai. Aku nak lepak pun tak best.

OU tunggu aku datang...

Sampai OU, parking backbones kunci elok-elok dan aktiviti pun bermula. Aku, Anas dan Napi mulai merayau liar seliar-liarnya. Semua ceruk kalau boleh nak masuk pusing. Berjalan-jalan sambil buat eye treatment. Mencuci segala kotoran di mata. Bila sudah puas jalan-jalan cari pasal pula nak melalak dalam karaoke jamban. Nak tengok wayang gambar tak mampu sebab aku & kutu-kutu yang lain hanya mampu berfoya-foya dengan hiburan kelas murahan sebegitu. Napi boleh teringat pula dia ada hal nak jumpa seseorang, dia call orang itu, awek beb.... semalam kata kerja dekat OU kedai XxX. Anas & Napi carilah tuan badan tapi tak jumpa-jumpa juga, aku suspek awek ini menyorok tak nak jumpa atau game Napi... pokemon betul. Kesian... Napi. Dia cool diam buat bodoh sahaja but rasanya dalam hati Napi menyumpah-nyumpah awek satu kampung dengan dia yang jual mahal itu. Lantak janji kau bahagia sudah awek kampungan.

Rumusan daripada aktiviti membuang masa aku di OU tiada apa-apa yang menarik di sana pun. OU hanya pusat membeli-belah yang kununnya hype dikunjungi dengan anak beranak si sepet, minah salleh bawah umur yang menunggu di table pool, pemakai pakaian kurang kain 55% , suami isteri, pasangan bercinta ber-dating, generasi melayu moden yang tak sedar diri...whatever. Aku sebulat suara menyatakan OU tempat yang menyeronokan tapi masih ada kebosanan. Rileks dulu... pekena gudang garam & paradoks dulu baru berambus dari situ.

Aku cadangkan pada mereka kita pergi ke The Curve pula. Anas & Napi tidak membantah hanya mengikut telunjuk aku, bagus a good kutu must obey his leader. Vrooom... destinasi seterusnya The Curve.

The Curve tunggu aku datang cari pasal...

Sampai di sana... Napi pula merungut tekak dia sudah kering amat. Itulah kalau leka membuang masa sangat sampai lupa basahkan tekak dengan H2O. Tiga Abdul melepak makan dan minum di Kayu Nasi Kandar tepi Tesco. Harga tak boleh tahan kalau anda hanya berstatus kutu. Anas dan Napi bedal nasi lemak, aku makan tosai minum teh O ais sama dengan Anas. Napi minum Milo... dia cakap nak jadi sihat & kuat.

Bersambung...

Sabtu, 30 Mei 2009

Surya Oh...Surya

Oh adindaku surya kenapa kamu tidak seperti dulu... Sejak kamu pulang dari Seremban, kamu jadi Pemberani. Ketika berbulan madu di Langkawi kamu jadi hambar, permainan kamu kurang mengancam. Aduh... aku rindu dengan kenikmatan kamu seperti di Kediri, saat kamu mula mengenali aku. Surya jangan kecewakan aku.

Rabu, 27 Mei 2009

Setan Malas...

Kutu, engkau tak ada kerja ke?

Aku ingatlah lebih baik engkau jangan kerja sampai bila-bila... engkau tak payah susah-susah fikir soal pasangan hidup, perasaan mahu kahwin dan beranak pinak sebab engkau tak ada kerja lagi, engkau fahamkan... nanti lagi banyak masalah engkau buat.

Buat apa engkau kerja kalau engkau tak seronok...
Buat apa engkau kerja kalau engkau asyik kelentong sahaja...
Buat apa engkau kerja kalau engkau pandang dunia ini macam tong tahi...

Takde maknanya...

Cuba engkau tengok orang yang bekerja... mereka bekerja sebenarnya kerana apa? untuk hidup bagi cari makan untuk diri sendiri serta anak bini, untuk dapat tempat berteduh yang baik kemudia ada pula yang berseronok sampai tak ingat dunia. Jadi engkau pun terpaksa juga sertai mereka sekali. Engkau tak boleh lari lagi daripada aturan sistem. Engkau kene bekerja macam mana cara sekali pun...

Tapi aku tengok tiada seorang pun yang betul-betul tenang dan bahagia mungkin pasal mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya. Kalau engkau sudah bekerja nanti jangan lupa siapa diri engkau...ok. Ilmu dan pengetahuan engkau sudah ada rasanya cukup yang engkau mampu cuma tinggal engkau bergerak ke hadapan sahaja. Nanti engkau tahu siapa diri engkau sebenar.

Untuk apa engkau dicampakkan ke dunia sampah ini...

Lagi satu yang aku nampak mereka ini kebanyakkan berlakonan dan bersandiwara... macam cuba menyorokkan keserabutan, kekusutan, kegusaran mereka. Pesan aku lagi satu jadilah diri engkau sendiri jangan meniru orang lain.

Lagi senang engkau bakar sahaja engkau punya certificate dan diploma engkau itu... benda itu cuma kertas sahaja... tiada maknanya. Ilmu dan pengetahuan itu berada dalam kotak minda engkau bukan dikertas tak bernyawa itu. Kalau engkau memang sudah sampai tahap malas gila babi tak nak kerja engkau buat apa yang aku kata tadi... bakar dan bakar. Apa nak hairan kalau engkau sudah tua ganyuk masih tak kahwin-kahwin lagi... KERAjaan ada sediakan rumah untuk warga emas dan orang-orang bangsat macam engkau. Apa engkau nak peduli. Apa engkau nak takut kan...

Notasiku: Celaka punya setan malas engkau bahasakan aku nanti aku halau engkau keluar dari rumah tumpangan ini baru tahu... fuck you lah.

Selasa, 26 Mei 2009

Tidur,Lepak dan Makan

Memang setiap hari kita melakukan perkara yang sama... kita tidur , kita lepak dan kita makan dan lain-lain lagi. Berulang-ulang kali lakukan perkara yang sama. Kadang- kala timbul menyampah sampai menyumpah.

Kerja oh kerja... bilalah nak bersama dengan aku lagi. Aku rindu suasana dulu ditengah terik mentari saat keringat jantan aku gugur ke bumi. Sepi malam yang dingin ketika aku tidur keseorangan di pejabat. Terngiang-ngiang di telinga aku gelak tawa, masam manis suasana tapak bina. Makan dan minum bersama mereka. Menggulung tembakau dan cengkih, gudang garam yang sentiasa tersemat di mulut aku... terima kasih pengalaman.

Arghhh... esok buang masa lagilah aku...

Khamis, 21 Mei 2009

Pheonix Bangkit...tapi tersungkur.

Ramai orang yang hidup dalam kepuraan...
Ramai juga yang hidup dalam berbelah bahagi...
Tidak ramai orang yang hidup dalam kejujuran...

Ya... perjalanan kita tidak sama tapi harus diingat jika ada yang tersungkur pasti ada yang mengikut dibelakang, jika ada yang bangkit pasti ada yang menyusul berbaris. Ini adalah kitaran hidup. Berpusing seperti roda ada yang naik, ada juga yang turun. Ada yang menyendiri, ada juga yang menonjol. Aku sudah jemu mengalaminya... sungguh deja-vu. Semua mahkluk ada pasang surutnya. Ada takdirnya. Ada keputusan. Ada jalannya. Ada pilihannya...

Tapi aku tetap aku dan kamu siapa???

Jangan kita mudah berkata dunia ini sementara...

Ramai yang berani tapi banyak pengecut yang berlindung dibelakang yang berani. Jika takut kenapa masih bicara soal persamaan bak kata orang itu...