Khamis, 17 November 2011
Belum mampus lagi lah...
Apa ada kan...???
Nak herankan buat ape bukan ada orang baca pun, sikit pun gua tak kesah beb!!!
Ermmm... dalam tempoh bertapa macam-macam hal dah berlaku,sudah ada kerja tapi bukan kerjaya pilihan... sudah ada teman wanita walau tak cantik di mata mereka tapi sejuk mata gua memandang... gadisku beb mana nak cari... stok-stok gadis yang terbaek dari ladang dah nak pupus yang tinggal hampas...ahahaha...persetan lah tapi apa yang paling penting gua dah nak nikah@kahwin tahun nie... 18/11/2011
Perjalanan hidup gua dah semakin lengkap. Ada teman tidur itu yang penting kot...hehehe!!!
Banyak lagi keputusan dan pilihan perlu gua putuskan... otak gua tengah sibuk fikir style ape yang gua nak guna nanti... kuak kupu-kupu tak pun kuak lentang.
Nak tulis panjang-panjang pun malas...
Berani Gagal!!!... chow
Ahad, 28 November 2010
Biol...biul...siol
Apa kaitan komitmen dengan kemalasan...??? Mana pergi motivasi...??? Jati diri...???
Komitmen... selalunya bikin aku jadi biul semua jadi gila tembak tak kena
Kemalasan... a peace of mind... macam bercuti di surga duniawi
Motivasi... masuk tandas cangkung buang, cuci sehingga hilang warna...bau dan rasa flush hingga hilang
Jati diri... plastik itu yang boleh diterjemaahkan dalam persekitaran aku sekarang
aku sibuk tahap peak hour kat highway... hari-hari sapa cakap hari ahad tak jam...???
I don't give shit bout that!!!
Maaf aku tak boleh puaskan semua org...
Isnin, 13 September 2010
Testimonial Ramadan 1431 aku...
gagal renew lesen Mulut...
gagal nak servis hati hitam gua...
gagal kawal kadar pencemaran mata & telinga...
gagal overhaul enjin perut...
Apatah lagi tax minda (asyik fikir bukan2 jer...) cukai kesabaran.... ramadan aku persiakan...
Maka oleh sebab itu aku tak layak jumpa laila... Lailatul Qada...
Rabu, 28 Julai 2010
Zaha...jangan pekena kopi banyak sangat!!!
Text nya berbunyi begini....
As-kum bro...aku nak beri cadangan baik kat lu ngan eddy.Apa kata sempena menyambut ramadhan tak lama lagi.Apa kata diadakan ceramah perdana kat padang awam seks.7 Ceramah mengenai betapa pentingnya perpaduan ummah umat ISLAM dan akibatnya apabila kita bercerai-berai.Perpaduan ummah umat ISLAM perkara no.1 yang wajib@harus umat ISLAM jaga selain dari itu ugama kita ISLAM mengajar berlaku adil kepada orang bukan ISLAM betol??? Takde baiknya 1Malaysia yang lebih penting pepaduan umat islam tu.ni cadangan,pandangan.tidak de kene dengan politik,niat baik.untuk kebaikan lu boleh faham kan as.kum
Jenuh gua pikir... kenapa lah si zahar boleh antar text macam nie.... gua bukan ketua pemuda Ameno cawangan yg boleh bagi usul perkara macam nie kt pucuk pimpinan... gua juga bukan imam muda yang boleh bermuzakarah membincangkan soal perpaduan ummah... Ameno ngan PAS pun berdolak dalik... perpaduan orang melayu@islam kunun... politikus!!! politik tahi kucing. Gua hanya boleh lepak borak2 kutuk2 bahan orang nie orang tue... sampah masyarakat jer. Sedangkan orang yang berada di atas (Para pemimpin) masih lagi HANKY-PANKY lu orang boleh buat pe...???
Malam tue gua kol Zahar, tanya pahal dia msg gua macam tue.... dia jawab slow jer.....
"Gua terlebih pekena kopi lah bro...hehehe macam biasa Xkan lu Xkenal gua"
Macam manalah gua bleh lupa...mungkin gua dah lama tak berdengunggg kot...AHAHAHA
Jumaat, 18 Jun 2010
Kenapa aku boleh...
Kenapalah aku boleh tanya benda tu kat dia... alang-alang memancing biar umpan mengena betul tak...???
“Awak nak belajar blow job ke nie... hehehe”
“Erm... saya pandai sikit2 je blow job...tapi kan saya cam de bende nak blaja lagi...tapi cam extreme...bukan pe takut muntah je nanti...”
“Amatuer...biasalah but practise make perfect. Extreme? wanna learn deep throat oh so amazing!!! dah pro nanti tak muntahlah yang muntah bende lain....Kahkahkah.”
“Oooo...deep throat...betul tu...tapi aritu saya try duda tu punye best juga lah...tak tau lah dia suka atau x...tadi dia cam mesej nak ajak kuar...esok dia tak nak sebab isnin dia keja...nasiblah...sape suruh tak ajak betul-betul kan”
“Tapi saya tak pasti samada dia suka atau X saya BJ dia...tapi EX saya sampai terpancut Ooo...”
“Adeh saya salah guna plak awak cakap hehehehe... alah saya salah guna time saya datang bulan je awk....
“Manalah tahu awak terlajak perbuataan mana bleh undur. Ada orang main langgar jerAhad, 6 Jun 2010
How is ur life...???
There is something spinning around in my mind... something can't explain by word I'm so curious. Why...??? How is ur life...??? harap semuanya OKEY.
Aku sibuk... berguru ilmu kelansungan hidup. A new chapter... tidak mahu lagi gagal merancang tidak mahu lagi merancang kegagalan. Biar aku menilai siapa aku dahulu kemudian dengarlah apa yang orang lain berkata tentang aku dari situ aku cuba baiki apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah. Kalau mahu ketenangan... maka kenalilah diri kamu sebelum mengenali ALLAH maka binasalah diri kamu.
Cerita tentang apa lagi...???
Tiada apa yang menarik dalam hidup aku...Takut aku bercerita nanti ada yang naik mual dan bosan silap-silap terbuka pekung sendiri, pecah tembelang. Terima kasih atas nasihat dan kesempatan dia dan engkau antara pintu-pintu keluar yang aku cari walaupun hanya satu daripada sejuta.
Syukur dipertemukan kamu...
Khamis, 20 Mei 2010
Tag lah sangat....
KAHKAHAKKAHAK...!!!
Aku tak amik pusing sangat sebab aku nie jenis mesra alam. Maka layan jer lah. Tak jawab nanti ada orang kata aku outdated.
SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Penyewa bilik yang menjengkelkan tuan rumah kedaung... cukup 15,000 pound sterling aku checkout.
SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
YES MAN!!! NO MAN!!! FCUK YOU MAN!!!
LIMA (5) BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1) Aku nak tunaikan fardhu Haji...jalan kaki pi Mekah ada berani...???
2)Aku nak kereta macam Frank Martin pakai tu... Audi A8 W12
3)Hitchhiking dari Johor Bharu ke Padang Besar. Jauh berjalan luas pengalaman
4)Digital SLR semestinya Leica akan jadi pilihan aku.
5)Sofa L- Shape... serius aku memang mengidamkan sofa L- shape warna purple dari dulu lagi... dapat brand cikai macam Lorenzo pun jadi tapi harga dah cecah 12K beb!!!... aku tak tiru kau Cik Diyana oiii!!!
SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Norul Huda Akmal Mohd Shah... anak sarjen
CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
1) Pijak semut tak mati... kerana budi bahasa sopan santun dia
2) Kentut dia busuk lagi... sebab dia manusia normal yang jujur
3)Mulut manis macam gula... sebab pandai mengambil hati aku
4) Malu tapi mahu... dia faham apa yang aku mahukan dari dia
5)Tidak Hipokrit ....kerna dia ikhlas dengan aku itu penting
5hb June... satu anjakan paradigma bagi aku dan dia.
APAKAH KENANGAN ANDA DENGAN PASANGAN ANDA?
Lost in space@Midvalley
LAGU TEMA CINTA ANDA?
Munajat Cinta... Ahmad Dhani & The Rock itu yang paling seswai doh...
APAKAH PERUBAHAN YANG INGIN LIHAT DARI PASANGAN ANDA?
Dia sudah memadai bagi aku...biarpun dia dan aku ada lebih & kurangnya
Tag 5 rakan lain
Tak de sapa aku nak tag sebab aku tak ramai kawan blogger jadi no more tagged
Rabu, 12 Mei 2010
Bukan makin muda...
Pautlah bila makan macam ada rasa yang tak kena... bila berak pun macam sangkut-sangkut... bercakap pun dan lari skrip...
Andai AKU dan undurkan masa... selamat ulang tahun j4l4k
Ahad, 9 Mei 2010
Blog aku dah berkaratz....
Memang aku takde masa untuk online... SERIUS!!! keluar pagi balik malam. Penat siot mengalahkan surirumah tangga...bila aku balik keje mesti stress mulalah cari salah orang lain langsung tak boleh nak fokus.... aku perlukan sesuatu yang selesa.
Bukan setakat blog ... akaun sosial internet aku yang lain pun dah tak terurus....naik berkulat berlumut... ada juga aku suruh my sweetheart online main game untuk aku ... sayang dia tak concern mungkin kerana masalah teknikal dalam perhubungan adam & hawa...persetanlah
Kalau aku tulis pun ada ke orang nak baca...???
Ahad, 2 Mei 2010
May Day yang retorik...
Isnin, 15 Februari 2010
Sendirian di kandang rimau
Rungsing... gelabah... pening kepala... cuak... dah jadi orang hilang punca... apa salah aku ...??? apa yang betulnya...??? mana satu nak ikut...??? mana satu nak buat...???
Backbones aku breakdown buat hal bila aku perlukan khidmatnya pabila cinta aku hilang tanpa berita... melarikan diri daripada masalah yang jawapannya dia sendiri tak jumpa... apa semua ini...??? Adakah dunia sudah lari daripada paksi yang lurus atau sememangnya terbabas daripada aturan sistem...??? atau aku yang tidak cuba cari jalan keluar daripada soal remeh-temeh ini.
"Sambutlah tanganku kawan lurang sangat dalam"
Jumaat, 1 Januari 2010
Nawaitu tahun baru 2010
2010 datang mengetuk pintu... epilog baru dalam kehidupan aku. 2009 mampus dengan sia-sia tanpa pengorbanan airmata duka dan gembira. Impian dan harapan terkubur bersama kisah-kisah pahit-maung kehidupan. Biarkan 2009 berlalu pergi... tanpa kemanisan dan kepuasan. Tahun ini aku mesti berjaya... ya berjaya dengan misi dan objektif baru. Aku perlu tingkatkan lagi produktivi.... bersedia merintis segala kemungkinan. Aku mesti kurangkan yang negatif... Aku mesti tingkatkan yang positif dalam kehidupan seharian. Aku perlukan sokongan moral dan modal daripada dalam dan luar.
Aku berazam untuk berhenti menjadi penagih tegar candu-candu duniawi tahun ini. Aku berazam untuk hidup berdua, bertiga dan berempat. Aku perlu melabur segala benda yang memberi hasil pulangan yang lumayan. Aku yang mengubahnya dengan sendiri bukan orang lain bukan kau... bukan dia... hatta kamu juga. Aku yang perlu berubah... Aku yang perlu berhijrah... CHANGE!!! YES I CAN DO IT!!!
Notasiku: Lembaran baru untuk masehi dan 15 Muharram 1431 Hij'ra... Selamat Tahun Baru 2010
Jumaat, 25 Disember 2009
M untuk Malas
Arghhh....ini tak boleh jadi aku mesti jadi dominan dan relevan dunia dan akhirat.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
Notasiku: Aku sekarang tengah mendaki tangga-tangga bahagia doh!!!
Selasa, 13 Oktober 2009
Satu petang di Bt.3
"Ada...tapi rokok gua balen ada sebatang jer... lu nak hisap ke?" jawab gua...
Macha diam seketika & pantas berkata
"Saya rokok punya pun ada satu jugak"
Macha blah masam mcm cuka...X dapat pow rokok gua.
Rabu, 30 September 2009
Wahai XXX
Bagaimana agaknya engkau boleh membahagiakan keinginan?
Satu ketika engkau bersama si polan. Ketika lain engkau bergaul pula dengan anak kepada ...
Pada setiap pagi, engkau tidak pernah ketinggalan bersama mama dan papa buat sarapan. Di pesta liar, engkau sentiasa disana meraikannya bersama-sama mereka. Di hari-hari biasa, engkau menyertai kawan-kawan mencari laba, berdagang diri.
Tanpa engkau, tidak akan sama nikmat untuk dirasa...akhirnya engkau membawa pulang sisa-sisa dari jauh.
Di hari istimewa, engkaulah punca mereka beratur panjang.
Mungkin rahsia engkau kerana tidak memilih...
Tak kisahlah jika mereka tegar, bapak orang & bujang terlajak atau bernanah. Engkau gembira berkongsi rasa dengan mereka.
Setiap hari, tatkala mereka memerlukan engkau untuk dinikmati. Engkau sentiasa hadir untuk mengingatkan tentang apa itu keinginan sebenarnya...
Bahawa kita semua berkongsi 1 keinginan untuk memenuhi serakah. 1 demi 1 engkau telanjangkan memberi kepuasan untuk mereka yang datang...
Dan 1 lagi kita semua berkongsi satu kegemaran untuk mengisi waktu senggang dengan keinginan dan keghairahan. Perasaan ingin mencuba dan terus mencuba berbuat dosa & nista...
Selamat Hari Raya, Gergasi...
Isnin, 7 September 2009
SERIUS!!! F.B.I cari gua...
Mungkin depa nie dapat trace yang gua pada suatu masa dahulu adalah anggota TALIBAN...gua bukan satu colour ngan geng AL-QAEDA yang takde sangkut-paut dengan Oh Samalah Den...
Lepas nie gua tak bleh buat IKUT SUKA AKU (I.S.A) lagi dalam worldwideweb...
Lu orang tak percaya...lu orang bacalah sendiri...kat bawah nie;
ANTI-TERRORIST AND MONETARY CRIMES DIVISION
FBI HEADQUARTERS IN WASHINGTON, D.C.
FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION
J. EDGAR HOOVER BUILDING935 PENNSYLVANIA AVENUE, NW
WASHINGTON, D.C. 20535-0001
DATE: 06/09/2009,
Website: washingtondc.fbi.gov
FUND BENEFICIARY
We received a security report from the UK (United Kingdom) security unit to handle the case relating to your winner’s fund which you did not claim and was abandoned in the bank there in the UK.
The report has it that your abandoned fund was claimed by am unknown person with the help of some of the bank workers, the fund was transferred to another bank in London by these imposters, and we sent a delegation to London to apprehend them, with the information reaching our office today, they have apprehended the culprit who stole your winner's fund to another bank in london, and they have been handed over to the Serious Organised Crime Agency (SOCA).
And we have ordered the Serious Organised Crime Agency (SOCA) to extradidte them to face the authorities in the UK and bring them to justice, and it also come to our notice that some group of fraudulent people are contacting you, we need your help to apprehend all of them, because they are a pest to the world at large.
If you are not informed, your e-mail address was among the e-mails that won the year promo award of UK National Lottery, that is the fund that was transferred to another bank in London, and it has been recovered.We need your urgent response, so that we will tell you the proper agency to contact for your winner fund that has been recovered. So you are to contact our office through this address(seriousorganised_crimeagency@yahoo.com)
Yours Sincerely
FBI Director
Robert S. Mueller, III
NotaSiku: Apa macam???...ada rasa FUCKING BITCH IDIOT (F.B.I) so percayalah...
Ahad, 30 Ogos 2009
MERDHEKA atau MATI!!!

Adakah kita ini betul-betul merdheka? Minda dan perbuatan?
Bagi gua yang merdheka pada masa tue hanya Malaya, perseKUTUan Tanah Melayu pada 31hb Aug 1957, tidak pada Sarawak dan juga Sabah. Malaysia hanya dapat direalisasikan pada 16 Sept 1963... Singapura ikut sama kemudian keluar pada 1965 atas sebab ketenteraman awam yang meragukan. Cis!!! kenapa mesti sentiasa menjadi mangsa penipuan oleh mediamassa arus perdana yang dimanupulasi oleh satu komplot...ini semua mainan poliTIKUS demi kesinambungan satu agenda. Satu barah yang tak dapat diubati lagi...perlukah gua terima kenyataan ini. Memang dasar pecah & perintah satu sistem yang gagal dan korup hasil usahasama ribuan tahun...kemudian cuba di satukan dengan sistem pemerintah tunggal dan mutlak...
Siapa yang mengawal masa lampau sekarang, mengawal masa depan!!!
Siapa yang mengawal masa depan sekarang, mengawal masa lampau!!!
Siapa yang mengawal sekarang???
Fikirlah sendiri...
MERDHEKA kah gua sekarang???
Pesanan KERAjaan: Pasanglah jalur gemilang terbalik kalau teringin merasa menginap Hilton Kemunting itu pown klau dapat tangkap. Hormatilah bendera...jalur gemilang.
NotaSiku: Gambar nie gua snap sewaktu membeli kretek tanpa duti KERAjaan, lokasi rahsia.
Rabu, 29 Julai 2009
Pencarian khoje berakhir utk sementara waktu...
AKU sudah dapat khoje sementara walaupun khoje itu bukan yang sesuai dengan AKU.
AKU sudah tak kesah bukan kerana terdesak biar pown pilihan yang lain itu ada tapi AKU tetap syukur. Janganlah AKU leka dengan khoje tue sudah nanti lambat untuk AKU bertindak semula.
Pergi mampus dengan ayat2 " get a life " ayat bajingan haram jadah sialan paling AKU benci dengar dan baca.
1hb Agustus AKU mula berkhoje...
Khoje senang... 4 jam sehari cuti ada semua ada sayang gaji tak berapa lumayan. Arghhh...takpe lah janji dekat plak dengan sarang KUTU.
Alhamdulillah...
P/s: AL-FATIHAH buat warih AKU yang meninggal dunia akibat kemalangan di Grik dan tak lupa umat ISLAM yg masih hidup atau telah mati...
Jumaat, 17 Julai 2009
SATU
Apabila AKU hayati bait-bait lagu " SATU " dendangan Once bersama kumpalan DEWA 19 dari Indonesia, Biar pun lagu ini telah lama berkumandang tapi AKU rasakan terpanggil untuk mengatakan lagu itu seolah-olah membawa maksud yang sungguh mengkhayalkan dan menyongsangkan... perhatikan.
AKU ini adalah diriMU
Cinta ini adalah cintaMU
AKU ini adalah diriMU
Jiwa ini adalah jiwaMU
Rindu ini adalah rinduMU
Darah ini adalah darahMU
Tak ada yang lain selain diriMU
Yang selalu KU puja
KU sebut namaMU di setiap hembusan nafasKU
KU sebut namaMU, KU sebut namaMU
Dengan tanganMU AKU menyentuh
Dengan kakiMU AKU berjalan
Dengan mataMU AKU memandang
Dengan telingaMU AKU mendengar
Dengan lidahMU AKU bicara
Dengan hatiMU AKU merasa
Lagu ini juga menjadi satu persoalan bagi AKU kepada Ahmad Dhani dan kumpulannya. Adakah lagu ini merujuk kepada ALLAH s.w.t khususnya ISLAM? turut digambarkan dalam video clip tersebut pelbagai simbol yang merujuk kepada pegangan dan kepercayaan agama lain seperti Judaism, Christianity, Buddha dan lain-lain.
Jika lagu ini tidak merujuk kepada sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan secara khususnya, kenapa mesti ada unsur simbolik diterapkan dalam video ini? Sememang penyanyi dan penulis lirik tidak menyatakan secara tersurat dan mengingatkan kepada apa sahaja ikon-ikon dalam sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan. Sayangnya bagi mereka yang mata hatinya masih buta, hanya mampu memandang kepada yang batil sahaja. Melihat dan memahami bahawa itu hanya satu gambaran dan penjelasan tentang seseorang yang obses tentang CINTA dan mempercayai CINTA itu sama ada ia juga merujuk secara jelas kepada sesuatu agama, pegangan dan kepercayaan atau tidak.
AKU juga sangsi dan mushkil dengan apa yang cuba mereka sampaikan. Lagu tersebut juga merujuk kepada satu aliran tarikat di Indonesia yakni Siti Jenar,Wahdhatul Wujud yang telah dihukumkan oleh manusia sebagai sesat. Anda boleh rujuk di sini >KLIK< AKU takut jika saat itu IBLIS juga pun ikut bersenandung bersama...Nauzubillah min zaliq.AKU ini...adalah diriMU
Cinta ini...adalah cintaMU
AKU ini...adalah diriMU
Jiwa ini...adalah jiwaMU
Sesungguhnya mereka, orang-orang yang beriman dan mengamalkan AD-DIN walaupun hanya tertumpu kepada aspek amal ibadah mereka akan nampak PERBEDAAN itu. Tetapi bagi mereka yang beriman dan mengamalkan AD-DIN itu secara KESELURUHAN yakni fizikal dan kerohanian pasti mendapat pengetahuan dan pemahaman makrifat yang SATU - KEBENARAN/AL-HAQ. Biar pun amalan agama dipecahkan dan memisahkan KITA tetapi secara HAKIKATnya kerohanian itu menyatukan dibawah konsep SATU.
Sesungguhnya nilai itu universal dan siapa sahaja boleh menafsirkan apa yang sesuai dengan sudut pandang mereka. Sememangnya ISLAM adalah inspirasi lagu ini. Akan tetapi siapa pemilik mutlak bagi universal itu hanya ALLAH s.w.t...Rujuklah kepada Hadith Qudsi... mengatakan sebab:
HambaKU yang soleh selalu memujiKU...
AKU lah yang menjadi ucapannya yang dengannya ia berbicara...
AKU lah yang menjadi matanya yang dengannya ia melihat...
AKU lah yang menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar,
AKU lah yang menjadi tanganya yg dengannya ia beramal,
AKU lah yang menjadi hatinya yang dengannya ia berangan-angan..
Sayangnya... adakah perlu untuk AKU menerangkan semua ini kepada mereka yang masih buta. THE TRUTH IS OUT THERE for those whose dare to searching it. The chosen one will searching for these and I'm only can show the door...the path for those to walking.
Daripada video klip itu juga unsur metafora diterapkan. Penyampaian tidak sama seperti yang digambarkan. Mengelirukan...yang pasti timbul kesesatan.Oleh itu jika mahu berhibur mesti beringat...
INGAT... al-masih yakni DAJJAL bukan Nabi Isa. a.s pasti muncul di AKHIR ZAMAN dan mengaku dirinya TUHAN sesungguhnya FITNAH(Tipu daya) DAJJAL itu hebat. Suasana dan keadaan itu sudah pun dapat dirasai oleh mereka yang mengetahui.
dan tapi bagi AKU hanya boleh ingatkan...
73 jalan
73 pintu
Hanya satu pintu sahaja yang menuju kejayaan...
"Subhanakallahumma wabihamdika, asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik"
Isnin, 13 Julai 2009
Yang lepas-lepas...
4 hari 3 malam KUTU disana. Keyakinan datang membuak-buak dalam jiwa. KUTU rasakan semakin dekat. KUTU dambakan ehsan dan keredhaan yang melebihi segalanya semoga KUTU tidak timbul rasa riak, sombong dan takbur dengan apa yang KUTU hajati.
KUTU masih diperjalanan jauh mengembara di tanah gersang berbatuan keras. Banyak perkara yang KUTU saksikan tapi sayang KUTU tak pandai bercerita.
